Iklan Nuffnang (sila klik sini)

Followers

Rabu, September 28, 2011

Makanan Kegemaran Doremon

Dicatat oleh mizct10 di Rabu, September 28, 2011 0 ulasan
Sebenar nya lame dah nak perkenalkan makanan ni kepada orang ramai. Tapi tak berkesempatan lagi.. kuih ni aku beli kat gerai mak aku.. kawan die yang buat.. sedap.. lemak berkerim je rasa nya. sebelum ni asyik terfikir je cam ne lah rupa nye dorayaki yang selalu doremon makan tu. Ini lah rupa nye..





Selasa, September 27, 2011

Tergedik-gedik sangat.

Dicatat oleh mizct10 di Selasa, September 27, 2011 0 ulasan
Paham tak perangai kamu tu dah berlebih-lebih...

Orang tak suka tau tak...

Tolong lah jangan tergedik-gedik depan org ramai...

Malu lah sikit...

Hormat lah sikit..

P/s.. entry mlepas kemarahan kat tempat y x spatut nye..

Isnin, September 26, 2011

Anugerah Dari Nya..

Dicatat oleh mizct10 di Isnin, September 26, 2011 0 ulasan
Assalamualaikum...

Allhandulillah esok permata hati ku dah menjangkau usia 6 bulan. Sekelip mata membesar menjadi cahaya yang bersinar dalam hidup ku.. Aku cukup risau masa mula-mula melahirkan dia dulu. Maklumlah sebelum ni tak ada pengalaman langsung tentang baby yang baru lahir. Nak pegang pun aku langsung tak berani. Tapi bila dah ade anak sendiri naluri keibuan tu datang sendiri. Syukur lah aku langsung tak kekok..

Seminggu aku dan anak kene tahan di hospital sebab dia kene Demam Kuning @ Jaundice. Dalam seminggu tu hari-hari aku menangis mengenangkan anak dan rasa tertekan sebab tak leh nak berpantang ngan sempurna. Shahmi pula bila malam asyik menangis je. aku langsung tak leh tido dek kerana risau kan die. Dalam pada tu Dia kene letak bawah lampu biru ngan mata kene tutup n tak boleh pakai kan baju. Tak sampai hati aku tengok keadaan die. Makin lame duk kat hospital makin naik kuning die. sampai hari keenam aku merayu ngan doktor mintak balik sebab aku tak tahan dah..

 waktu bawah lampu biru..


Bila balik je rumah Kuning terus kurang dah shahmi makin hari makin sihat dan ceria. malam pun dia dah tak menangis. Duk kat hospital pun doktor bukan bagi ubat pun ambil darah je pagi petang sampai lebam tangan dan kaki kiri kanan anak. Dah lah darah anak aku sikit ambil pulak satu tiup tu hari-hari. mak ayah mane sanggup tahan tengok anak cam tu. Sekarang shahmi dah besar dan sangat-sangat lah ceria. seronok sangat bila ingat kat die..




Harap Shahmi akan sentiasa menceriakan hidup ni..Love u Muhammad Amin Shahmi...

Khamis, September 22, 2011

Merempit Siot.. ;p

Dicatat oleh mizct10 di Khamis, September 22, 2011 0 ulasan
Assalamualaikum...

Tak sangka hari ni dah hari jumaat rupa nye. Rasa baru je hari isnin. hari ni En Suami Off Day dan memandangkan die tak ade keje nak buat aku pun mintak tolong lah die hantar pergi keje. saja je mengada. tapi bukan hantar naik kete.. naik motor je. lame dah kan tak merempit..

Teringat zaman-zaman bercinta dulu. Naik motor je la kehulu hilir. Kalau hari sabtu je En Suami(dulu belum jadi suami ag) datang ambik. Tapi die tunggu jauh dari rumah kat hujung taman sane sebab aku malu nanti orang tengok ade pakwe datang ambik.. he..he..

Sekarang dah kahwin jarang sangat dah naik motor. nak- nak dah ada anak pulak ni. lagi lah.. motor aku tu pun buat hiasan je kat rumah tu.. Dengan berhabuk dah nye. rosak rasa nye sebab dah lame sangat dah tak guna. tu lah harta pertama aku pas abis SPM beli motor tu.. senang nak ulang alik ke tempat keje.
bila dah beli kete langsung dah tak guna.. kecian motor tu kan..?? cam habis madu sepah dibuang gitu. konon. kalau de masa ikut kan hati ni memang nak baiki juga motor tu. sayang kalau biar camtu je.. banyak kenangan tu...

Ahad, September 18, 2011

Matanya yang bulat..

Dicatat oleh mizct10 di Ahad, September 18, 2011 0 ulasan
Salam Aidilfitri..
Masih lagi dalam bulan syawal kan..
Tahun ni...
Firts time beraya dengan anak ku yang tersayang..
Seronok la juga melayan kerenah die..
sekarang dah berumur 5 bulan lebih..
Tengah belajar merangkak..
Abis satu rumah die tawaf...
kadang2 risau juga die capai benda yang bukan-bukan..
Maklum lah budak besar tu bukan tau ape-ape.
Ramai yang cakap mata anak aku bulat..
bulat ke??cam mata sape ek??
Meh la kite tangok bulat ke tak mata si shahmi ni..


tu die... tak la bulat sangat cume die suka membulatkan mata kalau tengok orang...

Rabu, September 14, 2011

4 hari sudah...

Dicatat oleh mizct10 di Rabu, September 14, 2011 0 ulasan
hari ni hari y ke empat aku puasa..
makna nye tggl dua hari je lagi ok...
x tau la nak sambung esok atau pun hari isnin..
sebab esok cuti satu Malaysia.
selalu nye kalau hari cuti ni aku malas sikit nak puasa sunat ni..

Selasa, September 13, 2011

Anak ku...

Dicatat oleh mizct10 di Selasa, September 13, 2011 0 ulasan
cak...
dah besar dah anak sy....

Lame Dah X Update..

Dicatat oleh mizct10 di Selasa, September 13, 2011 0 ulasan
asslammualaikum...
 

kata ku..impian ku..harapan ku...segalanya dalam ingatan.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei