Iklan Nuffnang (sila klik sini)

Followers

Isnin, September 26, 2011

Anugerah Dari Nya..

Dicatat oleh mizct10 di Isnin, September 26, 2011
Assalamualaikum...

Allhandulillah esok permata hati ku dah menjangkau usia 6 bulan. Sekelip mata membesar menjadi cahaya yang bersinar dalam hidup ku.. Aku cukup risau masa mula-mula melahirkan dia dulu. Maklumlah sebelum ni tak ada pengalaman langsung tentang baby yang baru lahir. Nak pegang pun aku langsung tak berani. Tapi bila dah ade anak sendiri naluri keibuan tu datang sendiri. Syukur lah aku langsung tak kekok..

Seminggu aku dan anak kene tahan di hospital sebab dia kene Demam Kuning @ Jaundice. Dalam seminggu tu hari-hari aku menangis mengenangkan anak dan rasa tertekan sebab tak leh nak berpantang ngan sempurna. Shahmi pula bila malam asyik menangis je. aku langsung tak leh tido dek kerana risau kan die. Dalam pada tu Dia kene letak bawah lampu biru ngan mata kene tutup n tak boleh pakai kan baju. Tak sampai hati aku tengok keadaan die. Makin lame duk kat hospital makin naik kuning die. sampai hari keenam aku merayu ngan doktor mintak balik sebab aku tak tahan dah..

 waktu bawah lampu biru..


Bila balik je rumah Kuning terus kurang dah shahmi makin hari makin sihat dan ceria. malam pun dia dah tak menangis. Duk kat hospital pun doktor bukan bagi ubat pun ambil darah je pagi petang sampai lebam tangan dan kaki kiri kanan anak. Dah lah darah anak aku sikit ambil pulak satu tiup tu hari-hari. mak ayah mane sanggup tahan tengok anak cam tu. Sekarang shahmi dah besar dan sangat-sangat lah ceria. seronok sangat bila ingat kat die..




Harap Shahmi akan sentiasa menceriakan hidup ni..Love u Muhammad Amin Shahmi...

0 ulasan:

 

kata ku..impian ku..harapan ku...segalanya dalam ingatan.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei