Iklan Nuffnang (sila klik sini)

Followers

Rabu, Disember 04, 2013

Bah 2013, Balok Baru, Kuantan.

Dicatat oleh mizct10 di Rabu, Disember 04, 2013
Selama 8 tahun lebih family aku tinggal di Balok Baru,
memang sepanjang tahun2 itu x pernah pun naik air di
kawasan perumahan kami ni, tp tu lah tahun ni dlm sejarah,
Balok Baru dilanda Bah.

selasa - 03/12/2013 aku balik dari kerja sekitar pukul 2 lebih 
sb banyak kawasan area kuantan dah di naiki air
itu pun selepas hujan turun tnpa henti selama 2 hari,
kebanyakan staff dah pulang nak tgk rumah masing2
yang dah di naiki air mcm, sungai isap, cendrawasih, indrapura,
aku pun klu ikot kan x nak blk lg tp ada sorg ag kawan aku ckp
klu x blk skg takut tak lepas blk sb byk jalan air dah naik..
dan dengar pulak org ckp malam ni air laut akan pasang.
blk dengan keadaan berdebar2 member tlg drivekn sb aku
memang x berani, smpai simpang masuk rumah kiri kanan jalan 
semua rumah y bawah bukit dah separuh tengelam,
alhamdulillah umah aku x ape2, tp rumah area blkang
semua dah tengelam, padang kedai, kesian sgt, 
tak lama pas tu elektrik pula terputus, suami blk dlm 
pkl 6 lebih kami pergi cari lilin, lilin pun macam goreng 
pisang panas, kami dapat lah sekotak lilin. bekal dengan 
sekotak lilin tu lah sepanjang mlm kami guna kan.

Hujan lebat tetap turun smpai tengah mlam, dan sekitar pukul 10
malam dengar jiran2 kluar dari rumah tgk air dah smpi garaj kereta
kat tepi rumah, jalan2 kluar dah x boleh lalu, rumah2 jiran sampi paras
pinggang, nasib lah umah kami tinggi sikit, tapi sepanjang malam lgsung 
x leh tido, duk kipas sikecil ku y kepanasan,

tp alhamdulillah pg tu dalam kol 6 lebih air dah surut agak nye air laut 
dah surut. syukur sgt.. tp kesian rumah2 y naik air, barang perabut,
kain baju.. tapi elektrik tetap x de, bekalan air pun terputus, handphone
tak de line, internet pun x de line, stasen minyak pun tutup, kami lgsung
tak tahu khabar berita dunia luar. mujur la makanan ada lg nak masak.

0 ulasan:

 

kata ku..impian ku..harapan ku...segalanya dalam ingatan.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei