Iklan Nuffnang (sila klik sini)

Followers

Khamis, Mac 03, 2011

***Up Date sebelum bz...****

Dicatat oleh mizct10 di Khamis, Mac 03, 2011
   Hari ni kandungan ku dah berusia 9 bulan dan 7 hari.. tinggal lagi 3 mggu lebih je lagi kalau ikot tarikh yang doktor bagi tu...Tapi ramai dah kawan- kawan satu ofis cakap dari keadaan fizikal aku ni dah tak lame aku nak bersalin. tak tau lah tu bila.. aku pun sedang menanti-nanti hari tu.. mungkin hari ni kot, mungkin esok kot, tau mungkin minggu depan. hanya Tuhan yang tau bila anak ku ini akan dapat melihat dunia ciptaan Yang Maha Esa ini..

   Kalau ikotkan hati aku dah tak larat nak ke tempat keje dah. Dah la kene drive sendiri sebab en Hubby keje shif dan tempat keje kami berlawanan arah. tempat keje suami ke perlabuhan dan tempat keje aku pulak ke bandar. em.rasa nak rehat je kat rumah.. tapi mengenangkan tanggungjawab aku kene terus kan juga kerja sampai anak lahir baru lah boleh bercuti panjang.

   Hari ni tiap kali anak aku menendang mesti aku rasa sakit kat pinggang, kat bawah perut pun rasa cam menyengat je ade masa-masa tu. mungkin kedudukan anak dah turun sikit kot. Malam ni ibu mertua ku nak wat kan air selusuh. untuk mudah bersalin nanti. Syukur sangat aku dapat ibu mertua yang baik dan penyayang. Dia banyak ambil berat sal aku cam mak aku sendiri dah. Suami aku pun jealous tau. mak die lagi sayang aku dari die.he..he.. nasib lah kn..: p

   Harap semua nya Allah permudahkan..Kawan-kawan semua doa kan tuk saya ye...(^_^) Kalau pas ni blog ni cam sunyi sikit makna nye saya dah bersalin lah tu ye.

2 ulasan:

Amy on Jumaat, Mac 04, 2011 berkata...

pura baby kua je...jangan lupe gtaw eh...mesej taw...

mizct10 on Ahad, Mac 06, 2011 berkata...

ielah aunty amy.... nanti baby kuar je trus msj amy...

 

kata ku..impian ku..harapan ku...segalanya dalam ingatan.. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei